Selasa, 2 Ogos 2011

Ahad, 10 Oktober 2010

10.10.10

pagi.


Disejuk subuh tadi saya masih tidur atas katil dalam bilik kesayangan saya. Tetiba satu kayu berurukuran lantai katil dalam bilik ayah saya tetiba menhengpap keatas tubuh saya dari ayah saya kepada saya.Rupa-rupanya itu adalah proses untuk mengejutkan saya supaya bangun dari tidur. Selepas selesai solat subuh berjemaah bersama ayah saya, saya kembali kebilik saya untuk sambung tidur, baru hendak melelapkan mata dengar pula suara emak saya memanggil menjerit bobbb!!!!!!!tolong hantar pak su 'adik bongsu saya' ke sekolah ayah hang nak p pekan nat ahad,  kata emak saya pak su belajar main-main.dia suka main bola kat sekolah, ranking akademik no belakang jer..


Tidak  lagi melengahkan masa saya segera mengapai moto wave125 yang atas geran moto ada nama saya sambil start engko moto tanpa segan silu pada diri saya. Paksu pun naik kat belakang mula hendak gerak mak saya menjerit lagi kuat dari tadi 'jangan lupa singgah rumah Rahim ambik anaknya sekali! jerit emak saya. saya pun mejawab OK! tapi nada masih dalam rasa hormat.


Sampai di rumah Rahim anaknya si awang masih belum bangun tido! dalam hati kecil saya menjerit cilake punya budak!..Tunggu anak Rahim besiap makan masa 20 minit juga. Bagi menghilangkan rasa bosan menunggu anaknya Rahim ajak saya sembang dan kena tea isterinya.Banyak perkara juga yang diceritakan oleh Rahim kepada saya dalam 20 minit tu.Sejarah mengapa orang kampung gelar dia 'rahim pak ca' pun ada. ha ha ha.. Paksu bebrbulu ja tggu kat moto.kah kah kah..tu la takut angat sakit perut la apa la ajak minum tea pagi-pagi.


Tepat 7.20 pagi anak rahim siap, kami pun segera ke sekolah takut lambat..dalam perjalanan tu saya sempat menanyakan sesuatu kepada awang almaklum bukan selalu nak jumpa.
saya: awang cita-cita hang bila besar nanti nak jadi apa?
awang: awang nak jadi adik taro spesis ultromen juga.awang nak selamatkan dunia dari musuh jahat.awang   nak jaga kampung kuaq.
saya:ok..amin


kata selamat: cerita ini tidak ada kaitan dengan hidup mahupun mati.
efek bunyi: kah kah kah!








Ahad, 30 Mei 2010

UPSR(BM) 1998

MATI

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.

Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjeritAdoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjeritAdoi..!” dan jatuh ke bumi.

Emak sayA menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu.

Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Selepas pemerikasa memeriksa ketas jawapan bahasa melayu saya ini dan terkejut lalu dia juga pn mati..